Tuesday, 8 April 2014

MOGA KETEMU PEMILIK TULANG RUSUK KIRI


Assalammualaikum...

Wahai pemilik tulang rusuk kiri,


Apa khabar dirimu? Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.


Mohon maaf andai terlambat menemui diri ini. Bukan tiada usaha...tapi andai ini sudah takdirnya aku redha.

Jodoh pertemuan, ajal maut semua dari Allah.

Wahai pemilik tulang rusuk kiri,


Diri ini sentiasa berdoa agar ketemu diri mu. Hari2 memikirkan siapa diri mu.


Persoalannya.....adakah diri ini sudah layak untuk menjadi milik mu, kerana diri ini sering alpa dan leka. Sememangnya diri ini amat sesal akan semua itu. Moga diri mu hadir dan muncul untuk menjadi pembimbing diri ini. 


Doa ku pohon agar urusan kita sentiasa dipermudahkan.



Ya Allah..

Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorg yg melabuhkan cintanya pdMu
Agar bertambah kekuatanku utk mencintaimu
Ya Hafiizh..
Jika aku jatuh cinta
Jagalah cinta ku pdnya agar tidak melebihi cintaku pdmu
Ya Mujiibu..
Jika aku jatuh hati,izinkan aku menyentuh hati seseorg yg hatinya bertaut pdmu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta
Ya Baari..
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku pdnya agar tidak berpaling dr hati mu
Ya Jaami'u..
Jika aku rindu
Rindukanlah pd seseorg yg merindui syahid di jalanmu
Ya Khobiiru..
Jika aku rindu
Jagalah rinduku pdnya agar tidak lalai aku merindukan syurgamu
Ya Wahhaabu..
Jika aku menikmati cinta kekasihmu
Jgnlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga
malam terakhirmu
Ya Aziizu..
Jika aku jatuh hati pd kekasihmu
Jgn biarkan aku terlatih dan terjatuh dalam perjalanan pnjg menyeru manusia ke pdmu
Ya Haadiy..
Jika kau halalkan aku merindui kekasihmu
Jgn biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pd cinta hakiki dan rindu abadi hanya kpdmu
Ya Aliimu..
Engkau mengetahui bahawa hati ini telah terhimpun dalam cinta pdmu
telah berjumpa dalam taat pdmu
Telah bersatu dalam dakwan pdmu
dan telah terpasu dalam membela syariatmu
penuhilah hati-hati ini dgn nur mu
yg tidak pernah pudar
Lapangkan lah dada-dada kami dgn limpahan keimanan
Amin Ya Rabbal' Aalamiin


Sekian,
aku yang tercipta dari tulang rusuk mu